Monday 22 December 2014

PENGENALAN

1.0 LATAR BELAKANG
  • Surau sekolah merupakan syiar islam di sekolah. 
  • Pembinaannya bukan sekadar sebagai tempat untuk melaksanakan ibadat solat semata-mata ada secara individu atau berjemaah tetapi ia berfungsi sebagai pusat kegiatan Pendidikan Islam di sekolah. 
  • Pengurusan surau yang sistematik dan berkualiti dengan pelbagai program yang telah diatur dan dilaksanakan akan dapat melahirkan golongan pelajar yang memahami dan menghayati islam secara syumul dalam kehidupan harian.
2.0 VISI
  • Pusat ilmu membina modal insan berkualiti dunia akhirat.
3.0 MISI
  • Merealisasi fungsi surau sekolah sebagai pelengkap pembelajaran memupuk nurani menuju keredhaan Ilahi.
4.0 PIAGAM PELANGGAN
  • Pihak pengurusan surau beriltizam untuk menjadikan surau sebagai :
  • Pengurusan yang bersistematik dan berkualiti dalam mengadakan aktiviti keagamaan.
  • Surau mithali yang menekankan budaya ilmu dan pembinaan modal insan.
  • Memastikan surau sebagai satu tempat yang kondusif dan selesa.
  • Memastikan semua pelajar muslim memperolehi ilmu fardhu ain yang sempurna.
  • Memaksimumkan penggunaan surau untuk pelaksanaan aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
  • Menyediakan kemudahan yang diperlukan oleh para pelajar dalam membina modal insan yang sempurna.
5.0 LATAR BELAKANG

Rancangan Pembinaan Surau
  • Pihak sekolah dan PIBG telah merancang untuk membina surau di Sekolah Menengah Kebangsaan Kota Kuala Muda (SMKKKM) bagi mengatasi kesesakan pelajar untuk menjalankan aktiviti keagamaan terutamanya ibadat solat berjemaah pada waktu amali.
  • Justeru itu, satu jawatankuasa pembinaan surau telah dibentuk pada Januari 1996. Dalam mesyuarat pertamanya, jawatankuasa tersebut telah memutuskan akan membina sebuah surau yang berukuran 40 kaki panjang dan 40 kaki lebar. Dijangkakn surau tersebut dapat memuatkan lebih kurang 200 pelajar dalam satu-satu masa akan menelan belanja kurang dari RM 72 000.00.
  • Jawatankuasa ini juga telah memutuskan cara untuk mendapatkan sumber kewangan iaitu derma daripada orang ramai dan juga waris-waris pelajar. Pada 1 Februari 1996, satu mesyuarat khas PIBG mengenai pembinaan surau sekolah telah diadakan dan Ahli Jawatankuasa sebulat suara bersetuju memohon sumbangan daripada pihak waris pelajar dengan had mimimum sebanyak RM30.00. Sumbangan derma tersebut boleh dijalankan secara beransur-ansur.
  • Pada tahun 2010, Program Membina Bangunan Tambahan dan Baik Pulih Surau telah dijalankan bagi menyediakan suasana yang kondusif kepada semua warga sekolah dan ibu bapa waris yang menggunakannya. Jawatankuasa induk telah ditubuhkan dan anggaran perbelanjaan projek berjumlah RM100 000.00.Antara perkara yang dibaikpulih ialah bangunan tambahan ( RM 45 000.00), bilik wudhuk (RM 10 000.00) , pendawaiaan dan peralatan elektrik (RM 10 000.00) , siling ( RM4,000.00) pintu dan tingkap (RM6,000.00) ,awning/bumbung kaki lima (RM 8,000.00), P.A System (RM 5,  000.00), bumbung dataran bersebelahan surau (RM 12,000.00).
  • Diharap dengan terlaksananya program ini, pihak warga sekolah khususnya guru, kakitangan dan murid-murid serta waris bergabung tenaga bagi membantu penyediaan kemudahan yang selesa ini dapat dimarahkan dan dimanfaatkan oleh semua warga SMKKKM.

6.0 KELENGKAPAN/ KEMUDAHAN YANG DISEDIAKAN DI SURAU AL ABRAR
  1. TV
  2. LCD
  3. PA System
  4. Al– Quran/ yassin
  5. Buku Agama / Bahan Ilmiah
  6. Buku Rujukan P. Islam PT3 / SPM
  7. Telekung
  8. Rehal
  9. Papan Putih
  10. Jam Solat
  11. Bilik Wuduk (Lelaki/ Perempuan)
  12. Kerusi Batu
7.0 CADANGAN SEMPENA AKTIVITI TAHUNAN SURAU AL-ABRAR
  1. Sambutan Hari Kebesaran Islam.
  2. Maal Hijrah.
  3. Maulidur Rasul.
  4. Isra’ Mikraj.
  5. Nuzul Al-Quran.
  6. Penghayatan Ramadhan.
  7. Khatam Al-Quran.
  8. Majlis Berbuka Puasa.
  9. Solat Hajat Peperiksaan.
  10. Kursus Imam dan Bilal.
  11. Kursus ASAS  Fardhu Ain.
  12. Kursus Pengurusan Surau.
  13. Kursus Tahsim.
  14. Khemah Ibadat.
  15. Nadwah Kepimpinan Pelajar.
  16. Kursus Pengurusan Jenazah.
  17. Kursus Haji dan Umrah.
  18. Khidmat Masyrakat.
  19. Penerbitan fakta-fakta penting  ceramah, diskusi, dan ceramah.

No comments:

Post a Comment